Pokok buah-buahan mula berbunga setelah sekian lama musim kering di tempat kita. Kalau kita lihat sekeliling kampung begitu juga di keliling kuarters saya di Ladang Getah Kg Sekijang Segamat Johor pokok-pokok durian, rambutan, manggis dan asam gelugur telah pun berbunga. Dijangka tak lama lagi puas kita 'melantak' buah-buhan tersebut. Yahooooooo!!!!!!
Di antara empat jenis buah itu, yang paling saya suka makan ialah buah durian. Ooopppppsss..... tapi kandungan gulanya sangatlah tinggi. Jadi makan seulas dua oklah.. Orang tua-tua punyapetua, kalau tak nak mabuk durian, minum air masak menggunakan pangsanya...itu orang tua punya pendapat. Belum ada pulak kajian saintifik terhdapnya...mungkin ada doktor-doktor di luar sana yg mahu buat kajian atau saintis2 di MARDI, UPM atau UKM buat kajian...masalah dengan orang kita ialah bila sudah jumpa dengan buah durian...lupa seuanya...
Buah rambutan pulak ok juga tapi bila sudah mula makan, tak mahu berhenti... Gulanya pulak tu boleh tahan juga. Tapi awas, satu lagi penyakit kalau dah suka makan buah ini ialah suka keluar masuk bilik air! Kencing dulu sebelum tidur!
Buah asam gelugur agak sukar ditemui. Tidak banyak pokok ditanam. ia dikategorikan sebagai buah nadir (rare fruit). Bunganya amat cantik seperti buah manggis di peringkat awal. Satu famili katakan. Setelah membesar dan masak warnanya akan bertukar dari hijau kepada kuning....sungguh cantik. Tidak boleh dimakan mentah. Terpaksalah di hiris2 tipis untuk dikeringkan....kemudian dijadikan sebagai salah satu ramuan masakan asam pedas...uuupppphhhhsss...sedapnyeeeee. Asam pedas mana yg paling sedap???
Buah ke empat yang ada di keliling kuaters saya ialah buah manggis. ia sedang di peringkat awal buah. kelopaknya cantik dan beberapa bulan lagi akan masaklah ia. rasanya sedap...harganya boleh tahan...sehingga RM9.00 sekilogram. Dulu di ekspot ke Jepun sebiji di sana diberitakan berharga RM6.00 sebiji. Wooowwww mahalnya. Di Malaysia, kita hanya makan isinya yang berwarna putih dan manis rasanya. Tetapi, di luar negara telah dibuat kajian dan diproses menjadi bahan minumn kesihatan yang sangat baik. Mempunyai kandungan anti-oksidan yang paling tinggi di kalangan buah-buahan yang dikaji. Di mana saintis pemakanan tempatan?
Daripada carian-caraian di internet, banyak artikel mengenai kelebihan dan kebaikan buah ini. Tunggu di post akan datang.