Jumaat, 24 Jun 2011

KEPENTINGAN MINUM AIR



KEPENTINGAN AIR UNTUK BADAN

ANTARA saranan asas yang sering diberikan pakar perubatan dan pemakanan ialah minum banyak air iaitu sekurang-kurangnya lapan hingga 10 gelas atau dua liter sehari untuk mengekal dan meningkatkan kesihatan.

Formula yang digunakan ialah, setiap 25kg berat badan, kita memerlukan air minuman sebanyak 1 liter sehari.

Bagaimanapun, untuk minum air sebanyak itu bukan mudah kerana ia bermakna kita kerap berulang ke tandas dan bagi sesetengah orang, terutama yang berumur, ia sungguh menyusahkan dan dianggap masalah atau gangguan. Malah, ada orang bimbang mereka mengalami masalah kesihatan tertentu jika kerap buang air kecil. Pada kebiasaannya, pundi kencing dikosongkan setiap empat jam. Jadi buang air kecil enam hingga tujuh kali sehari adalah perkara normal bagi individu sihat yang minum air secukupnya.

Pundi kencing bertindak sebagai tempat menyimpan air kencing dan boleh mengembang untuk menampung sehingga 350 hingga 550 militer air kencing. Kita biasanya terasa hendak buang air kecil apabila kandungan pundi kencing lebih kurang 200 mililiter, tetapi kapasiti normal ialah sekitar 400 mililiter. Yang tidak normal ialah jika anda kerap bangun malam untuk buang air kecil. Kerap buang air kecil pada siang adalah perkara baik kerana ia proses semula jadi untuk menyingkirkan sisa toksik dan bahan buangan dari badan.

Minum air sekurang-kurangnya lima gelas sehari boleh mengurangkan risiko kanser usus sebanyak 45 peratus, kanser payudara (79 peratus) dan kanser pundi kencing (50 peratus).


Walaupun tahu kepentingan dan manfaat air, tidak ramai sanggup berulang alik ke tandas. Mereka bukan saja minum sedikit, tetapi turut mengelak makanan yang mengandungi banyak air. Sumber air kita datang daripada minuman (47 peratus), makanan (39 peratus) dan proses metabolisme di dalam sel (14 peratus).

Menurut Pakar Air Bertauliah Persatuan Kualiti Air (WQA), Michael Long, kekurangan air adalah punca utama keletihan pada waktu siang yang boleh menyebabkan pernafasan menjadi pendek, sakit perut, kebas dan risau tanpa sebab munasabah. Mengantuk selepas makan tengah hari adalah petanda penting badan kita kekurangan air. Air diperlukan untuk proses pencernaan dan metabolisme makanan. Untuk menjalankan proses ini, badan mengambil air daripada sel badan (termasuk darah).


Oleh kerana air membabitkan dua komponen iaitu dua molekul hidrogen dan satu molekul oksigen (H2O); apabila ia digunakan untuk proses pencernaan, bekalan oksigen ke otak berkurangan. Ini sebabnya kita berasa mengantuk, letih dan sukar menumpukan perhatian kepada kerja selepas makan.

“Air penting untuk melarutkan hasil sampingan metabolisme seperti asid urik dan urea yang diangkut oleh darah ke buah pinggang. Air mencukupi diperlukan untuk mengeluarkan bahan buangan ini dari badan dengan berkesan kerana kekurangan air memaksa buah pinggang bekerja lebih keras untuk menapis bahan toksik dan lama kelamaan ia boleh menyebabkan kerosakan organ penting ini.


“Air juga diperlukan untuk menjadi pelincir kepada pergerakan sendi dan kajian menunjukkan pengambilan lapan hingga 10 gelas air sehari boleh mengurangkan kesakitan sendi pada 80 peratus pesakit artritis.

“Air turut menjadi bahan asas paling utama untuk aktiviti enzim dan kawalan suhu badan; membolehkan darah menghantar oksigen dan nutrien kepada sel di seluruh badan. Kekurangan air menjejaskan semua proses ini dan khasiat makanan mungkin tidak dapat diagihkan dengan baik ke seluruh badan,” Badan kita membabitkan 70 peratus air dan jika air ini bersih, sel badan jadi lebih segar dan kuat. Air bersih boleh merangsang sistem pertahanan badan, metabolisme sel dan mengurangkan risiko sel menjadi tidak normal, mencegah bahan toksik daripada merebak ke sel lain dan merendahkan peluang mendapat jangkitan.

Air untuk buang lemak

Bagi individu yang mahu mengurangkan berat badan, minum banyak air kosong antara jalan terbaik. Air elemen penting untuk membantu meningkatkan metabolisme badan dan mempercepatkan proses pembuangan lemak. Untuk kekal sihat dan bertenaga, setiap orang perlu minum sekurang-kurangnya lapan hingga 10 gelas air kosong sehari.
Masalahnya ramai orang keliru antara isyarat ‘lapar’ atau ‘dahaga’. Kekeliruan ini menyebabkan ada orang mencari makanan setiap kali satu daripada isyarat ini diterima otak. Akibatnya berat badan bertambah tanpa disedari. Masalah ini lebih ketara di kalangan orang tua kerana deria rasa mereka menjadi kurang sensitif. Tidak hairan jika ramai orang tua mengalami masalah kekurangan air dalam badan.

Bagi individu yang turut mengalami kekeliruan ini, langkah terbaik ialah minum air setiap kali terasa lapar. Kajian menunjukkan segelas air kosong boleh menghilangkan kelaparan di tengah malam dan berita baiknya, air tidak mengandungi kalori. Jadi isu pengumpulan tenaga berlebihan yang akhirnya disimpan sebagai lemak tidak timbul.

Untuk kesan lebih cepat, pakar pemakanan menyarankan supaya minum setiap kali sebelum makan. Air membuatkan kita terasa cepat kenyang dan ini secara tidak langsung dapat mengelak kita makan banyak.

Pun begitu, jangan sampai tidak makan kerana badan kita sangat bijak. Jika kekurangan makanan, ia merendahkan tahap metabolisme untuk menjimatkan pembakaran tenaga.

Malangnya, tahap metabolisme rendah sukar ditingkatkan semula. Ia kekal bagi tempoh lama dan tidak meningkat walaupun tabiat makan kembali seperti biasa. Hasilnya, tenaga yang tidak dibakar daripada makanan disimpan sebagai lemak dan akhirnya membuat kita bertambah gemuk.

Ingat, air yang perlu diambil ialah air kosong. Minuman manis mengandungi kalori kosong iaitu yang tidak diperlukan badan. Apabila disuruh minum sehingga dua liter sehari, timbul kebimbangan berlaku kesan sampingan terlalu banyak air. Ada yang mendakwa ia menyebabkan perut berasa kembung.

Long berkata, satu-satunya kesan sampingan yang dialami ialah kerap berulang ke tandas dan ia dianggap perkara baik. Secara umumnya kita tidak akan mengalami masalah ‘terlalu banyak air’ kerana badan secara automatik mengeluarkan air berlebihan.

Yang lebih kerap berlaku ialah kekurangan air (dehidrasi). Ramai orang tidak sedar mereka mengalami kekurangan air yang kronik. Antara contoh kekurangan air yang kronik ialah apabila anda hanya pergi tandas satu atau dua kali sehari, berasa dahaga, kulit menjadi kering dan mengalami masalah retensi atau tegasan air.

“Retensi air yang menyebabkan perut terasa kembung atau kaki nampak bengkak adalah tanda kekurangan air, bukan sebab terlalu banyak air. Kita berasa kembung kerana badan cuba mengekalkan keseimbangan garam galian. Cara untuk atasi masalah ini ialah dengan minum air secukupnya iaitu antara lapan hingga 10 gelas sehari. Anda akan dapat lihat perubahan positif secara perlahan-lahan.

“Kekurangan air menyebabkan bahan buangan yang perlu dikeluarkan dari badan terkumpul dan lama kelamaan boleh mengakibatkan masalah kesihatan, contohnya pembentukan batu karang. Kehilangan hanya dua peratus air boleh menyebabkan otak kurang cerdas, ingatan jangka pendek menjadi kabur, sukar mengira dan menumpukan perhatian ketika membaca.
“Jadi usah risau jika anda perlu selalu ke tandas kerana ia antara cara meningkatkan kepekaan fikiran, khususnya bagi individu yang banyak duduk ketika bekerja.

“Banyak kajian menyarankan kita berhenti rehat setiap satu atau satu setengah jam. Pergi ke tandas boleh dianggap sebagai ‘rehat’ yang bukan saja baik untuk membersihkan badan, tetapi mampu meningkatkan tumpuan fikiran,” katanya.

Badan kehilangan air melalui:

Pernafasan (1 gelas air – 14 peratus)
Air kencing (5 1/2 gelas air atau 50 peratus)
Peluh ( 2 gelas air – 34 peratus)
Najis (1/2 gelas air – dua peratus)

Ini sebabnya pakar kesihatan menyarankan kita minum sekurang-kurangnya lapan hingga 10 gelas atau kira-kira dua liter air sehari atau ikuti formula diatas.

p/s – pengambilan vitamin juga menyebabkan darah bertambah pekat. oleh itu pengambilan air yang banyak diperlukan untuk mengangkut vitamin ke seluruh anggota badan melalui salur darah.

Selasa, 14 Jun 2011

...untuk tatapan waktu kelapangan

Daripada pendapatan sifar menjadi keuntungan lima angka - hanya dengan membantu orang lain mengubah kehidupan mereka menjadi lebih baik, cara Herbalife!

Herbalife telah mengubah hidup saya dengan luar biasa! Daripada seorang suri rumah tangga biasa yang bergantung kepada rawatan perubatan dan terapi dengan pendapatan sifar, saya sekarang menjadi ahli perniagaan yang sihat dan memperoleh pendapatan lima angka hanya dengan membantu orang lain menemui Herbalife dan kesihatan mereka. Bila anak perempuan saya pertama kali bercerita tentang Herbalife, seperti kebanyakan orang lain, saya menepisnya sebagai syarikat MLM yang lain dengan produk yang sangat mahal.Tetapi produk Herbalife sungguh berkesan bagi saya, dan terus
memanfaatkan saya.

Sekarang, hidup saya berkisar di sekitar Herbalife. Roslan, seorang pesara menjalankan bisnes ini sepenuh masa dengan saya. Bagi saya, ini adalah peluang terbaik untuk mengubah kehidupan kita menjadi lebih baik; untuk kebebasan kewangan dan kebebasan juga kerana berjaya melepasi tahap pekerjaan atau memulakan perniagaan tradisional yang baru. Herbalife adalah platform terbaik untuk membawa kita ke tahap seterusnya dalam kehidupan kita di mana kita dapat mencari kejayaan dan kebahagiaan dalam apa yang kita lakukan, dan kepuasan untuk membantu orang lain untuk berubah dan menjadi berjaya.

Sejak itu saya telah berjalan untuk pertama kalinya dengan Pasport Antarabangsa saya dalam bisnes Herbalife ke Korea, Taiwan, Singapura, Kuala Lumpur, Bali dan Macau dan belayar makan angin dengan keluarga. Selain daripada masa berkualiti dengan anakanak,
saya sekarang berupaya memberikan apa yang mereka perlu dan inginkan, lebih daripada apa yang saya pernah berikan kepada mereka sebagai suri rumah tangga.


HERBALIFE GET Team Member
Siti Yusmayati Yusof

Ahad, 12 Jun 2011




TERTIB PENGAMBILAN HERBALIFE HARIAN



Mulakan minum dengan membaca

Mula-mula minum Aloe diikuti dengan Tea Mix. Selepas itu barulah Shake



1. Cara Membancuh ALOE Herbalife

[ ALOE berfungsi untuk memperbaiki proses pencernaan dalam perut ]

Hanya campurkan satu penutup botol Aloe ke dalam secawan air sejuk. JANGAN gunakan air panas.









2. Cara Membancuh Tea Mix


Fungsi Tea-Mix :

Anti-oksida
Burn Fat
Cleansing sistem badan
Detox
Energy



  1. Bahan-bahan:

  2. Setengah sudu teh serbuk Tea Mix
    250ml air sejuk atau panas.

    Cara:

  3. Larutkan serbuk halus Tea Mix ke dalam sedikit air panas
    Campurkan 250ml air sejuk atau panas
    Nikmatinya bila-bila masa untuk KESEGARAN TUBUH BADAN




    3. Cara Membancuh SHAKE Herbalife


    1. Bahan-Bahan:
      3 sudu besar Formula 1
      350 ml air kosong sejuk [JANGAN gunakan air suam atau panas]
      Air Soya atau Jus buah-buahan [pilihan]
      4-5 ketul ais [pilihan]

      Cara:
      Masukkan air ke dalam blender atau shaker
      Tambah Air Soya atau jus buah-bauahn tadi
      Masukkan Formula 1 dan ketulan ais
      Blend sehingga sebati

      Boleh masukkan buah segar jika suka




Selasa, 7 Jun 2011



SEMANGAT SEORANG USAHAWAN



Rupanya beliau seorang guru di sebuah sekolah menengah di Melaka. Bersempena cuti persekolahan dua minggu, beliau telah menyewa ruang di Mydin MITC Air Keroh untuk mempamerkan dan menjual baju-baju wanita moden dan baju kanak-kanak. WOWW!! Beliau menyewa sehingga bulan september selepas raya tahun ini. Pandai cikgu ini. Selama 4 bulan menyewa, beliau perlu membayar sewa sebanyak RM12k sebulan bagi dua ruang seluas 20 kaki x 6 kaki dan membayar deposit sebanyak RM18K untuk tujuan itu.

Berapa agaknya pendapatan beliau? Beliau mengupah seorang pelajar sedang menunggu keputusan tahun akhir dengan upah RM750 tidak termasuk bonus keuntungan. Banyak untung banyaklah bonus pelajar itu.

Selama ini saya menganggap berniaga di ruang2 legar shopping complex tidak mendatangkan RM yg baik....tetapi NAHHH kau..kira-punya kira menurut beliau, gaji guru hanyalah pendapatan sampingan sahaja. Pendapatannya berlipat ganda. Bersemangat saya dengar. Nak tiru lah..

Anda bagaimana? Agaknya lah...dibuatnya berlaku sesuatu di tempat kerja anda dan anda diberhentikan kerja...apa yg anda boleh buat??

Isnin, 6 Jun 2011

FAKTA PERTAMA UNTUK MENGURANGKAN BERAT BADAN




Kita mesti memahami satu fakta penting berhubung dengan mengurangkan berat badan kita। Jika nilai kalori yang kita ambil lebih besar daripada nilai kalori yang kita gunakan, maka
lebihan kalori itu akan tersimpan dalam badan sebagai lemak.

Untuk keperluan tenaga yang kita perlukan, badan kita akan membakar lemak tersebut melalui satu proses biokimia yang dinamakan metabolisma

Apabila kita makan [mengambil kalori] lebih daripada apa yang diperlukan oleh badan kita, kalori tersebut akan disimpan sebagai lemak tetapi jika kita memerlukan kalori yang lebih banyak daripada apa yang kita ambil [makan sikit], proses metabolism itu akan menggunakan lemak yang tersimpan dalam badan kita untuk menghasilkan kalori yang dikehendaki. Oleh itu, dengan cara mengurangkan makanan atau menukar tabiat kita makan, sedikit sebanyak akan mengurangkan lemak yang tersimpan dalam badan kita.

Sebab itulah sering kita mendengar ada orang ingin menurunkan berat badan dengan diet dengan tidak makan....tetapi, AWAS dengan hanya kurangkan makan tidak semestinya anda berjaya mengurangkan berat badan anda. Silap haribulan, badan anda kekurangan zat makan yang diperlukan. justeru, anda boleh mengurangkan pengambilan makanan biasa anda tetapi zat-zat berkenaan perlu diganti dengan zat baru.

Ikuti selepas ini....