Isnin, 6 Jun 2011

FAKTA PERTAMA UNTUK MENGURANGKAN BERAT BADAN




Kita mesti memahami satu fakta penting berhubung dengan mengurangkan berat badan kita। Jika nilai kalori yang kita ambil lebih besar daripada nilai kalori yang kita gunakan, maka
lebihan kalori itu akan tersimpan dalam badan sebagai lemak.

Untuk keperluan tenaga yang kita perlukan, badan kita akan membakar lemak tersebut melalui satu proses biokimia yang dinamakan metabolisma

Apabila kita makan [mengambil kalori] lebih daripada apa yang diperlukan oleh badan kita, kalori tersebut akan disimpan sebagai lemak tetapi jika kita memerlukan kalori yang lebih banyak daripada apa yang kita ambil [makan sikit], proses metabolism itu akan menggunakan lemak yang tersimpan dalam badan kita untuk menghasilkan kalori yang dikehendaki. Oleh itu, dengan cara mengurangkan makanan atau menukar tabiat kita makan, sedikit sebanyak akan mengurangkan lemak yang tersimpan dalam badan kita.

Sebab itulah sering kita mendengar ada orang ingin menurunkan berat badan dengan diet dengan tidak makan....tetapi, AWAS dengan hanya kurangkan makan tidak semestinya anda berjaya mengurangkan berat badan anda. Silap haribulan, badan anda kekurangan zat makan yang diperlukan. justeru, anda boleh mengurangkan pengambilan makanan biasa anda tetapi zat-zat berkenaan perlu diganti dengan zat baru.

Ikuti selepas ini....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan