Selasa, 7 Jun 2011



SEMANGAT SEORANG USAHAWAN



Rupanya beliau seorang guru di sebuah sekolah menengah di Melaka. Bersempena cuti persekolahan dua minggu, beliau telah menyewa ruang di Mydin MITC Air Keroh untuk mempamerkan dan menjual baju-baju wanita moden dan baju kanak-kanak. WOWW!! Beliau menyewa sehingga bulan september selepas raya tahun ini. Pandai cikgu ini. Selama 4 bulan menyewa, beliau perlu membayar sewa sebanyak RM12k sebulan bagi dua ruang seluas 20 kaki x 6 kaki dan membayar deposit sebanyak RM18K untuk tujuan itu.

Berapa agaknya pendapatan beliau? Beliau mengupah seorang pelajar sedang menunggu keputusan tahun akhir dengan upah RM750 tidak termasuk bonus keuntungan. Banyak untung banyaklah bonus pelajar itu.

Selama ini saya menganggap berniaga di ruang2 legar shopping complex tidak mendatangkan RM yg baik....tetapi NAHHH kau..kira-punya kira menurut beliau, gaji guru hanyalah pendapatan sampingan sahaja. Pendapatannya berlipat ganda. Bersemangat saya dengar. Nak tiru lah..

Anda bagaimana? Agaknya lah...dibuatnya berlaku sesuatu di tempat kerja anda dan anda diberhentikan kerja...apa yg anda boleh buat??

Tiada ulasan:

Catat Ulasan