Selasa, 22 Mei 2012

JANTUNG ANDA --- [Coretan 3]

Di Wad Bunga Raya, saya sempat menjawab beberapa pertanyaan dari rakan-rakan bagaimana rasa dalam bilik OT semalam? Oh....sekejap saja kira-kira sejam sahaja selesai. Selepas dimasukkan ke dalam bilik dan dipindahkan dari troli ke 'meja pembedahan' mulalah nurse yg ada [semuanya perempuan] kebanyakaanya dari Filipina memulakan operasi mencuci bahagian antara lulut dan pusat dengan kimia berwarna kuning...tak tahulah apa namanya dan bertambahlah sejuk tanpa seurat benang kecuali diselimutkan bahagian dada. Malu ada, macam-macam rasa pun ada, tapi apa nak buat. Nak lari baju dah tak ada...so menyerah saja lah. Rakan-rakan saya tadi menambah-nambah pulak cerita yang membuatkan saya gumbira juga walaupun dalam keadaan yg masih sengal-sengal di bahagian kelengkang. Prosedur itu dengan memasukkan 'wire' adalah melalui salur pembuluh di bahagian kelengkang. Maka semua pasakit dimestikan bersih daripada semua rambut, rerambut dan bulu. Operasi membersih perlu dibuat pada malam sebelum itu dan seorang HA akan datang semak samada telah bersih atau tidak. Jika tidak ...redo!!

Tidak terasa bila doktor mencucuk/memasukkan tiub [2] sebagai laluan di kelangkang sebagai lubang laluan wire ke jantung. Tiba-tiba 6 atau 7 skrin TV telah memaparkan imej wire yang bergerak-gerak. Dipancutkannya cecair berwarna gelap lantas meperlihatkan saluran mana yang sumbat. Rasa panas di dada apabila cecair dilepaskan di sekitar jantung.

Alhamdulillah, bahagian yang tersumbat boleh di perbetulkan dengan meletakkan alat 'stent'. Difahamkan bergantung kepada saiz dan ukuran panjang, harganya sekitar RM5k sebatang. Kecil sahaja lebih kurang satu cm. Kos keseluruhan begitu begini pada masa ini saya dimaklumkan sekitar RM30k.

Satu jam setengah berlalu, saya diusung keluar dan bahagian kelengkang dikapit selama enam jam sebelum dua tiub tadi dicabut. Terima kasih kepada Datuk Dr Nasir Muda dan Dr Lim ... [anak kepada YB Lim Kit Siang] dari IJN.

Alhamdulillah sihat sehingga ini dan sentiasa memohon kepada Allah swt supaya aku dipanjangkan umur dan sihat sejahtera. Amin.

.....Jumpa lagi di Coretan akan datang.


Sabtu, 19 Mei 2012

JANTUNG ANDA --- [Coretan 2]

Pernahkah anda tiba-tiba berpeluh di dahi walaupun sedang duduk berehat?
Pernahkah anda kerap merasai semut-semut di hujung jari anda?
Pernahkah anda merasa kebas-kebas di bahu anda? Kebas-kebas ini terasa berjalan dan merayap ke hujung tangan?
Pernahkah semasa di dalam keadaan itu degupan jantung anda bertambah deras?
Pernahkah anda merasa bahagian dada kiri seperti dicucuk-cucuk jarum?
Pernahkah anda mersa bahagian tengah belakang badan anda seperti di tekan kuat?
Pernahkah bahagian ulu hati anda sakit?

Semua itu adalah sebahgain simptom anda mungkin mempunyai masalah jantung. Mungkin sedikit walaupun tidak serius. Alangkah baiknya kita buat pemeriksaan segera menyeluruh di hosptital. Minta nasihat doktor. Jangan buat-buat lupa atau membuat andaian sendiri dengan menidakkan bahawa kemungkinan besar anda sedang berhadapan dengan risiko yang besar!

Jika anda masih merokok semasa keadaan itu berlaku, hentikan segera. Rokok akan menambahkan keadaan lebih bercelaru. Tinggalkan kotak rokok anda sementara waktu. Kalau boleh buang terus!!

Pasti doktor akan tanya soalan pertama...anda merokok? Jawapan saya kalau ditanya...itu dulu tuan doktor. Anda bagaimana?

Setelah menjalani pemeriksaan rapi termasuk angiogram dan stress test, saat yang paling dikhuatiri ialah apabila doktor mengatakan saluran darah jantung anda tersumbat. lagi berpeluh dibuatnya walaupun kita berada di bilik berhawa dingin. Kalau setakat satu yang sumbat, atau dua atau tiga saluran yang sumbat tetapi peratus sumbat masih kecil proses agioplasti memadai. Jika hampir sumbat habis walaupun satu saluran......bilik bedah jawapnya.

Prosedur angioplasty atau dibedah lebih kurang sama. Dalam bilik pembedahan [OT], kita dibaringkan dengan 'keadaan berbogel' dalam suhu bilik yang amat sejuk!! Bermulalah operasinya...

...............tunggu di coretan akan datang.





Jumaat, 18 Mei 2012

JANTUNG ANDA ---  [Coretan 1]

Mari kita cerita pasal JANTUNG. Mengapa saya mengajak anda bercerita mengenainya? .... sebab kini saya baru tahu bagaimana pentingnya jantung kepada kehidupan saya. Apabila anda pernah mengalami komplikasi jantung, ianya merupakan satu pengalaman yang mengajar erti bagaimana harus kita menjaga nikmat yang ALLAH telah berikan. Sekiranya kita tidak mengikut peraturan maka akibatnya....anda akan tahu selepas ini.

Inilah gambar jantung anda...


Sila ikut bacaan selanjutnya di http://ms.wikipedia.org/wiki/Jantung
BORANG MENGENALI SAYA


TERIMA KASIH KERANA SUDI MELAYARI LAMAN BLOG SAYA. SILA MASUKKAN BUTIRAN ANDA DI DALAM BORANG YANG DISEDIAKAN.
NAMA :
Alamat emel :
No Handphone anda :
Tempat tinggal anda di negeri mana sekarang?: Johor
Melaka
Negeri Sembilan
Selangor
Perak
Kedah
Pulau Pinang
Perlis
Kelantan
Terengganu
Pahang
Sabah
Sarawak
Wilayah Persekutuan KL
Wilayah Persekutuan Putrajaya
Wilayah Persekutuan Labuan
Pernahkah anda mendaftar sebagai ahli dalam Herbalife? Ya
Tidak
Saya berminat dalam perkara berikut: Kurangkan berat badan
Tambahkan berat badan
Menambahbaik tahap kesihatan
Menambah tenaga
Mencantikkan kulit
Menambah pendapatan
Maklumat lain yang boleh membantu saya untuk memberi bantuan kepada anda:




Click here to create your own form.