Sabtu, 19 Mei 2012

JANTUNG ANDA --- [Coretan 2]

Pernahkah anda tiba-tiba berpeluh di dahi walaupun sedang duduk berehat?
Pernahkah anda kerap merasai semut-semut di hujung jari anda?
Pernahkah anda merasa kebas-kebas di bahu anda? Kebas-kebas ini terasa berjalan dan merayap ke hujung tangan?
Pernahkah semasa di dalam keadaan itu degupan jantung anda bertambah deras?
Pernahkah anda merasa bahagian dada kiri seperti dicucuk-cucuk jarum?
Pernahkah anda mersa bahagian tengah belakang badan anda seperti di tekan kuat?
Pernahkah bahagian ulu hati anda sakit?

Semua itu adalah sebahgain simptom anda mungkin mempunyai masalah jantung. Mungkin sedikit walaupun tidak serius. Alangkah baiknya kita buat pemeriksaan segera menyeluruh di hosptital. Minta nasihat doktor. Jangan buat-buat lupa atau membuat andaian sendiri dengan menidakkan bahawa kemungkinan besar anda sedang berhadapan dengan risiko yang besar!

Jika anda masih merokok semasa keadaan itu berlaku, hentikan segera. Rokok akan menambahkan keadaan lebih bercelaru. Tinggalkan kotak rokok anda sementara waktu. Kalau boleh buang terus!!

Pasti doktor akan tanya soalan pertama...anda merokok? Jawapan saya kalau ditanya...itu dulu tuan doktor. Anda bagaimana?

Setelah menjalani pemeriksaan rapi termasuk angiogram dan stress test, saat yang paling dikhuatiri ialah apabila doktor mengatakan saluran darah jantung anda tersumbat. lagi berpeluh dibuatnya walaupun kita berada di bilik berhawa dingin. Kalau setakat satu yang sumbat, atau dua atau tiga saluran yang sumbat tetapi peratus sumbat masih kecil proses agioplasti memadai. Jika hampir sumbat habis walaupun satu saluran......bilik bedah jawapnya.

Prosedur angioplasty atau dibedah lebih kurang sama. Dalam bilik pembedahan [OT], kita dibaringkan dengan 'keadaan berbogel' dalam suhu bilik yang amat sejuk!! Bermulalah operasinya...

...............tunggu di coretan akan datang.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan