Selasa, 22 Mei 2012

JANTUNG ANDA --- [Coretan 3]

Di Wad Bunga Raya, saya sempat menjawab beberapa pertanyaan dari rakan-rakan bagaimana rasa dalam bilik OT semalam? Oh....sekejap saja kira-kira sejam sahaja selesai. Selepas dimasukkan ke dalam bilik dan dipindahkan dari troli ke 'meja pembedahan' mulalah nurse yg ada [semuanya perempuan] kebanyakaanya dari Filipina memulakan operasi mencuci bahagian antara lulut dan pusat dengan kimia berwarna kuning...tak tahulah apa namanya dan bertambahlah sejuk tanpa seurat benang kecuali diselimutkan bahagian dada. Malu ada, macam-macam rasa pun ada, tapi apa nak buat. Nak lari baju dah tak ada...so menyerah saja lah. Rakan-rakan saya tadi menambah-nambah pulak cerita yang membuatkan saya gumbira juga walaupun dalam keadaan yg masih sengal-sengal di bahagian kelengkang. Prosedur itu dengan memasukkan 'wire' adalah melalui salur pembuluh di bahagian kelengkang. Maka semua pasakit dimestikan bersih daripada semua rambut, rerambut dan bulu. Operasi membersih perlu dibuat pada malam sebelum itu dan seorang HA akan datang semak samada telah bersih atau tidak. Jika tidak ...redo!!

Tidak terasa bila doktor mencucuk/memasukkan tiub [2] sebagai laluan di kelangkang sebagai lubang laluan wire ke jantung. Tiba-tiba 6 atau 7 skrin TV telah memaparkan imej wire yang bergerak-gerak. Dipancutkannya cecair berwarna gelap lantas meperlihatkan saluran mana yang sumbat. Rasa panas di dada apabila cecair dilepaskan di sekitar jantung.

Alhamdulillah, bahagian yang tersumbat boleh di perbetulkan dengan meletakkan alat 'stent'. Difahamkan bergantung kepada saiz dan ukuran panjang, harganya sekitar RM5k sebatang. Kecil sahaja lebih kurang satu cm. Kos keseluruhan begitu begini pada masa ini saya dimaklumkan sekitar RM30k.

Satu jam setengah berlalu, saya diusung keluar dan bahagian kelengkang dikapit selama enam jam sebelum dua tiub tadi dicabut. Terima kasih kepada Datuk Dr Nasir Muda dan Dr Lim ... [anak kepada YB Lim Kit Siang] dari IJN.

Alhamdulillah sihat sehingga ini dan sentiasa memohon kepada Allah swt supaya aku dipanjangkan umur dan sihat sejahtera. Amin.

.....Jumpa lagi di Coretan akan datang.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan