Jumaat, 24 Jun 2011

KEPENTINGAN MINUM AIR



KEPENTINGAN AIR UNTUK BADAN

ANTARA saranan asas yang sering diberikan pakar perubatan dan pemakanan ialah minum banyak air iaitu sekurang-kurangnya lapan hingga 10 gelas atau dua liter sehari untuk mengekal dan meningkatkan kesihatan.

Formula yang digunakan ialah, setiap 25kg berat badan, kita memerlukan air minuman sebanyak 1 liter sehari.

Bagaimanapun, untuk minum air sebanyak itu bukan mudah kerana ia bermakna kita kerap berulang ke tandas dan bagi sesetengah orang, terutama yang berumur, ia sungguh menyusahkan dan dianggap masalah atau gangguan. Malah, ada orang bimbang mereka mengalami masalah kesihatan tertentu jika kerap buang air kecil. Pada kebiasaannya, pundi kencing dikosongkan setiap empat jam. Jadi buang air kecil enam hingga tujuh kali sehari adalah perkara normal bagi individu sihat yang minum air secukupnya.

Pundi kencing bertindak sebagai tempat menyimpan air kencing dan boleh mengembang untuk menampung sehingga 350 hingga 550 militer air kencing. Kita biasanya terasa hendak buang air kecil apabila kandungan pundi kencing lebih kurang 200 mililiter, tetapi kapasiti normal ialah sekitar 400 mililiter. Yang tidak normal ialah jika anda kerap bangun malam untuk buang air kecil. Kerap buang air kecil pada siang adalah perkara baik kerana ia proses semula jadi untuk menyingkirkan sisa toksik dan bahan buangan dari badan.

Minum air sekurang-kurangnya lima gelas sehari boleh mengurangkan risiko kanser usus sebanyak 45 peratus, kanser payudara (79 peratus) dan kanser pundi kencing (50 peratus).


Walaupun tahu kepentingan dan manfaat air, tidak ramai sanggup berulang alik ke tandas. Mereka bukan saja minum sedikit, tetapi turut mengelak makanan yang mengandungi banyak air. Sumber air kita datang daripada minuman (47 peratus), makanan (39 peratus) dan proses metabolisme di dalam sel (14 peratus).

Menurut Pakar Air Bertauliah Persatuan Kualiti Air (WQA), Michael Long, kekurangan air adalah punca utama keletihan pada waktu siang yang boleh menyebabkan pernafasan menjadi pendek, sakit perut, kebas dan risau tanpa sebab munasabah. Mengantuk selepas makan tengah hari adalah petanda penting badan kita kekurangan air. Air diperlukan untuk proses pencernaan dan metabolisme makanan. Untuk menjalankan proses ini, badan mengambil air daripada sel badan (termasuk darah).


Oleh kerana air membabitkan dua komponen iaitu dua molekul hidrogen dan satu molekul oksigen (H2O); apabila ia digunakan untuk proses pencernaan, bekalan oksigen ke otak berkurangan. Ini sebabnya kita berasa mengantuk, letih dan sukar menumpukan perhatian kepada kerja selepas makan.

“Air penting untuk melarutkan hasil sampingan metabolisme seperti asid urik dan urea yang diangkut oleh darah ke buah pinggang. Air mencukupi diperlukan untuk mengeluarkan bahan buangan ini dari badan dengan berkesan kerana kekurangan air memaksa buah pinggang bekerja lebih keras untuk menapis bahan toksik dan lama kelamaan ia boleh menyebabkan kerosakan organ penting ini.


“Air juga diperlukan untuk menjadi pelincir kepada pergerakan sendi dan kajian menunjukkan pengambilan lapan hingga 10 gelas air sehari boleh mengurangkan kesakitan sendi pada 80 peratus pesakit artritis.

“Air turut menjadi bahan asas paling utama untuk aktiviti enzim dan kawalan suhu badan; membolehkan darah menghantar oksigen dan nutrien kepada sel di seluruh badan. Kekurangan air menjejaskan semua proses ini dan khasiat makanan mungkin tidak dapat diagihkan dengan baik ke seluruh badan,” Badan kita membabitkan 70 peratus air dan jika air ini bersih, sel badan jadi lebih segar dan kuat. Air bersih boleh merangsang sistem pertahanan badan, metabolisme sel dan mengurangkan risiko sel menjadi tidak normal, mencegah bahan toksik daripada merebak ke sel lain dan merendahkan peluang mendapat jangkitan.

Air untuk buang lemak

Bagi individu yang mahu mengurangkan berat badan, minum banyak air kosong antara jalan terbaik. Air elemen penting untuk membantu meningkatkan metabolisme badan dan mempercepatkan proses pembuangan lemak. Untuk kekal sihat dan bertenaga, setiap orang perlu minum sekurang-kurangnya lapan hingga 10 gelas air kosong sehari.
Masalahnya ramai orang keliru antara isyarat ‘lapar’ atau ‘dahaga’. Kekeliruan ini menyebabkan ada orang mencari makanan setiap kali satu daripada isyarat ini diterima otak. Akibatnya berat badan bertambah tanpa disedari. Masalah ini lebih ketara di kalangan orang tua kerana deria rasa mereka menjadi kurang sensitif. Tidak hairan jika ramai orang tua mengalami masalah kekurangan air dalam badan.

Bagi individu yang turut mengalami kekeliruan ini, langkah terbaik ialah minum air setiap kali terasa lapar. Kajian menunjukkan segelas air kosong boleh menghilangkan kelaparan di tengah malam dan berita baiknya, air tidak mengandungi kalori. Jadi isu pengumpulan tenaga berlebihan yang akhirnya disimpan sebagai lemak tidak timbul.

Untuk kesan lebih cepat, pakar pemakanan menyarankan supaya minum setiap kali sebelum makan. Air membuatkan kita terasa cepat kenyang dan ini secara tidak langsung dapat mengelak kita makan banyak.

Pun begitu, jangan sampai tidak makan kerana badan kita sangat bijak. Jika kekurangan makanan, ia merendahkan tahap metabolisme untuk menjimatkan pembakaran tenaga.

Malangnya, tahap metabolisme rendah sukar ditingkatkan semula. Ia kekal bagi tempoh lama dan tidak meningkat walaupun tabiat makan kembali seperti biasa. Hasilnya, tenaga yang tidak dibakar daripada makanan disimpan sebagai lemak dan akhirnya membuat kita bertambah gemuk.

Ingat, air yang perlu diambil ialah air kosong. Minuman manis mengandungi kalori kosong iaitu yang tidak diperlukan badan. Apabila disuruh minum sehingga dua liter sehari, timbul kebimbangan berlaku kesan sampingan terlalu banyak air. Ada yang mendakwa ia menyebabkan perut berasa kembung.

Long berkata, satu-satunya kesan sampingan yang dialami ialah kerap berulang ke tandas dan ia dianggap perkara baik. Secara umumnya kita tidak akan mengalami masalah ‘terlalu banyak air’ kerana badan secara automatik mengeluarkan air berlebihan.

Yang lebih kerap berlaku ialah kekurangan air (dehidrasi). Ramai orang tidak sedar mereka mengalami kekurangan air yang kronik. Antara contoh kekurangan air yang kronik ialah apabila anda hanya pergi tandas satu atau dua kali sehari, berasa dahaga, kulit menjadi kering dan mengalami masalah retensi atau tegasan air.

“Retensi air yang menyebabkan perut terasa kembung atau kaki nampak bengkak adalah tanda kekurangan air, bukan sebab terlalu banyak air. Kita berasa kembung kerana badan cuba mengekalkan keseimbangan garam galian. Cara untuk atasi masalah ini ialah dengan minum air secukupnya iaitu antara lapan hingga 10 gelas sehari. Anda akan dapat lihat perubahan positif secara perlahan-lahan.

“Kekurangan air menyebabkan bahan buangan yang perlu dikeluarkan dari badan terkumpul dan lama kelamaan boleh mengakibatkan masalah kesihatan, contohnya pembentukan batu karang. Kehilangan hanya dua peratus air boleh menyebabkan otak kurang cerdas, ingatan jangka pendek menjadi kabur, sukar mengira dan menumpukan perhatian ketika membaca.
“Jadi usah risau jika anda perlu selalu ke tandas kerana ia antara cara meningkatkan kepekaan fikiran, khususnya bagi individu yang banyak duduk ketika bekerja.

“Banyak kajian menyarankan kita berhenti rehat setiap satu atau satu setengah jam. Pergi ke tandas boleh dianggap sebagai ‘rehat’ yang bukan saja baik untuk membersihkan badan, tetapi mampu meningkatkan tumpuan fikiran,” katanya.

Badan kehilangan air melalui:

Pernafasan (1 gelas air – 14 peratus)
Air kencing (5 1/2 gelas air atau 50 peratus)
Peluh ( 2 gelas air – 34 peratus)
Najis (1/2 gelas air – dua peratus)

Ini sebabnya pakar kesihatan menyarankan kita minum sekurang-kurangnya lapan hingga 10 gelas atau kira-kira dua liter air sehari atau ikuti formula diatas.

p/s – pengambilan vitamin juga menyebabkan darah bertambah pekat. oleh itu pengambilan air yang banyak diperlukan untuk mengangkut vitamin ke seluruh anggota badan melalui salur darah.

Selasa, 14 Jun 2011

...untuk tatapan waktu kelapangan

Daripada pendapatan sifar menjadi keuntungan lima angka - hanya dengan membantu orang lain mengubah kehidupan mereka menjadi lebih baik, cara Herbalife!

Herbalife telah mengubah hidup saya dengan luar biasa! Daripada seorang suri rumah tangga biasa yang bergantung kepada rawatan perubatan dan terapi dengan pendapatan sifar, saya sekarang menjadi ahli perniagaan yang sihat dan memperoleh pendapatan lima angka hanya dengan membantu orang lain menemui Herbalife dan kesihatan mereka. Bila anak perempuan saya pertama kali bercerita tentang Herbalife, seperti kebanyakan orang lain, saya menepisnya sebagai syarikat MLM yang lain dengan produk yang sangat mahal.Tetapi produk Herbalife sungguh berkesan bagi saya, dan terus
memanfaatkan saya.

Sekarang, hidup saya berkisar di sekitar Herbalife. Roslan, seorang pesara menjalankan bisnes ini sepenuh masa dengan saya. Bagi saya, ini adalah peluang terbaik untuk mengubah kehidupan kita menjadi lebih baik; untuk kebebasan kewangan dan kebebasan juga kerana berjaya melepasi tahap pekerjaan atau memulakan perniagaan tradisional yang baru. Herbalife adalah platform terbaik untuk membawa kita ke tahap seterusnya dalam kehidupan kita di mana kita dapat mencari kejayaan dan kebahagiaan dalam apa yang kita lakukan, dan kepuasan untuk membantu orang lain untuk berubah dan menjadi berjaya.

Sejak itu saya telah berjalan untuk pertama kalinya dengan Pasport Antarabangsa saya dalam bisnes Herbalife ke Korea, Taiwan, Singapura, Kuala Lumpur, Bali dan Macau dan belayar makan angin dengan keluarga. Selain daripada masa berkualiti dengan anakanak,
saya sekarang berupaya memberikan apa yang mereka perlu dan inginkan, lebih daripada apa yang saya pernah berikan kepada mereka sebagai suri rumah tangga.


HERBALIFE GET Team Member
Siti Yusmayati Yusof

Ahad, 12 Jun 2011




TERTIB PENGAMBILAN HERBALIFE HARIAN



Mulakan minum dengan membaca

Mula-mula minum Aloe diikuti dengan Tea Mix. Selepas itu barulah Shake



1. Cara Membancuh ALOE Herbalife

[ ALOE berfungsi untuk memperbaiki proses pencernaan dalam perut ]

Hanya campurkan satu penutup botol Aloe ke dalam secawan air sejuk. JANGAN gunakan air panas.









2. Cara Membancuh Tea Mix


Fungsi Tea-Mix :

Anti-oksida
Burn Fat
Cleansing sistem badan
Detox
Energy



  1. Bahan-bahan:

  2. Setengah sudu teh serbuk Tea Mix
    250ml air sejuk atau panas.

    Cara:

  3. Larutkan serbuk halus Tea Mix ke dalam sedikit air panas
    Campurkan 250ml air sejuk atau panas
    Nikmatinya bila-bila masa untuk KESEGARAN TUBUH BADAN




    3. Cara Membancuh SHAKE Herbalife


    1. Bahan-Bahan:
      3 sudu besar Formula 1
      350 ml air kosong sejuk [JANGAN gunakan air suam atau panas]
      Air Soya atau Jus buah-buahan [pilihan]
      4-5 ketul ais [pilihan]

      Cara:
      Masukkan air ke dalam blender atau shaker
      Tambah Air Soya atau jus buah-bauahn tadi
      Masukkan Formula 1 dan ketulan ais
      Blend sehingga sebati

      Boleh masukkan buah segar jika suka




Selasa, 7 Jun 2011



SEMANGAT SEORANG USAHAWAN



Rupanya beliau seorang guru di sebuah sekolah menengah di Melaka. Bersempena cuti persekolahan dua minggu, beliau telah menyewa ruang di Mydin MITC Air Keroh untuk mempamerkan dan menjual baju-baju wanita moden dan baju kanak-kanak. WOWW!! Beliau menyewa sehingga bulan september selepas raya tahun ini. Pandai cikgu ini. Selama 4 bulan menyewa, beliau perlu membayar sewa sebanyak RM12k sebulan bagi dua ruang seluas 20 kaki x 6 kaki dan membayar deposit sebanyak RM18K untuk tujuan itu.

Berapa agaknya pendapatan beliau? Beliau mengupah seorang pelajar sedang menunggu keputusan tahun akhir dengan upah RM750 tidak termasuk bonus keuntungan. Banyak untung banyaklah bonus pelajar itu.

Selama ini saya menganggap berniaga di ruang2 legar shopping complex tidak mendatangkan RM yg baik....tetapi NAHHH kau..kira-punya kira menurut beliau, gaji guru hanyalah pendapatan sampingan sahaja. Pendapatannya berlipat ganda. Bersemangat saya dengar. Nak tiru lah..

Anda bagaimana? Agaknya lah...dibuatnya berlaku sesuatu di tempat kerja anda dan anda diberhentikan kerja...apa yg anda boleh buat??

Isnin, 6 Jun 2011

FAKTA PERTAMA UNTUK MENGURANGKAN BERAT BADAN




Kita mesti memahami satu fakta penting berhubung dengan mengurangkan berat badan kita। Jika nilai kalori yang kita ambil lebih besar daripada nilai kalori yang kita gunakan, maka
lebihan kalori itu akan tersimpan dalam badan sebagai lemak.

Untuk keperluan tenaga yang kita perlukan, badan kita akan membakar lemak tersebut melalui satu proses biokimia yang dinamakan metabolisma

Apabila kita makan [mengambil kalori] lebih daripada apa yang diperlukan oleh badan kita, kalori tersebut akan disimpan sebagai lemak tetapi jika kita memerlukan kalori yang lebih banyak daripada apa yang kita ambil [makan sikit], proses metabolism itu akan menggunakan lemak yang tersimpan dalam badan kita untuk menghasilkan kalori yang dikehendaki. Oleh itu, dengan cara mengurangkan makanan atau menukar tabiat kita makan, sedikit sebanyak akan mengurangkan lemak yang tersimpan dalam badan kita.

Sebab itulah sering kita mendengar ada orang ingin menurunkan berat badan dengan diet dengan tidak makan....tetapi, AWAS dengan hanya kurangkan makan tidak semestinya anda berjaya mengurangkan berat badan anda. Silap haribulan, badan anda kekurangan zat makan yang diperlukan. justeru, anda boleh mengurangkan pengambilan makanan biasa anda tetapi zat-zat berkenaan perlu diganti dengan zat baru.

Ikuti selepas ini....

Ahad, 22 Mei 2011

DIET TAPI TAK KURUS ??




[ Petikan dari Utusan Malaysia 15 Mei 2011 Ruangan kesihatan ]



Pertemuan dengan Datin Y membuka mata saya bahawa ramai di kalangan kaum wanita mencuba pelbagai cara dan usaha untuk kurus namun seringkali menemui jalan buntu.

Datin Y adalah satu contoh insan yang tabah melalui pelbagai rawatan dan pengubatan dengan harapan untuk kurus.

Dia menunjukkan parut di perut hasil dari pembedahan dan prosedur sedut lemak yang lalu. Ada juga kesan parut lebar semasa pembedahan gastric by pass. Meskipun pembedahan itu berisiko tinggi beliau sanggup melaluinya.

"Kenapa tubuh saya masih gemuk meskipun pelbagai usaha dan cara telah saya buat?" keluhnya. Semasa Datin Y berusia 20-an beliau merupakan seorang wanita yang ayu dengan berat badan ideal. Selepas dikurniakan anak ketiga beliau mula sukar menurunkan berat badan. Pada mulanya Datin Y menganggap ia disebabkan oleh sikapnya yang gemar makan. Dia pun mula melakukan senaman dan mengurangkan makan. Meskipun mengamalkan diet yang ketat namun dia tidak berjaya untuk kurus.

Apabila kita makan, makanan akan diagihkan ke seluruh tubuh melalui empat cara.

1) Hati

Hati berfungsi sebagai organ yang menguraikan bahan toksik. Ini bermakna hampir kesemua bahan toksik dibawa ke hati dan hati akan menguraikannya sebelum ia boleh disingkir keluar dari tubuh kita. Selain itu hati juga berperanan mensintesiskan asid amino iaitu bahan protein yang mampu membantu baik pulih tubuh kita. Kulit, rambut, membrane dan sel-sel tubuh sentiasa berganti baru dan proses ini mampu dilakukan dengan adanya hati yang membekalkan asid amino yang mustahak. Apabia enzim dan hormon rosak maka lemak tidak dapat terurai dan sebaliknya melekat pada hati. Ini menjadikan masalah fatty liver atau hati berlemak. Fatty liver mencetuskan kerosakan hati. Sel-sel lemak berkumpul menyaluti organ. Ini membuatkan perut tampak besar dan sukar untuk kempis.

2) Otak

Otak menggunakan secara terus zat makanan yang diperlukan. Yang terpenting adalah glukosa. Keseimbangan paras glukosa dijaga oleh keseimbangan hormon dalam darah kita. Apabila kelenjar hormon bermasalah maka ketidakseimbangan paras gula membuatkan seseorang berasa berdebar debar dan mudah letih.

Apabila otak tidak mendapat cukup tenaga maka seseorang juga menjadi murung dan mudah berasa bosan.

3) Otot

Otot kita menggunakan banyak tenaga. Metabolisme pada otot boleh jadi berlaku secara erobik di mana otot menggunakan oksigen bagi menguraikan gula kepada tenaga dan boleh jadi juga secara unerobik di mana pemecahan glycogen tidak menggunakan oksigen. Hasil akhirnya ialah sejenis asid laktik yang membuatkan otot berasa sakit dan lenguh.

4)Adipose tisu

Adipose tisu ialah nama lain bagi tisu lemak dalam tubuh kita. Tisu lemak merupakan simpanan tenaga dalam tubuh. Apabia seseorang berada dalam keadaan berpuasa lemak ini akan diuraikan kepada tenaga. Bahan yang penting semasa penguraian ini ialah enzim dan hormon pemecah lemak. Di antara hormon dan enzim yang penting ialah insulin glucagon thyroid lipase dan banyak lagi jenis amylase yang bekerja bersama sama.

Kesan daripada hormon yang rosak amat perlahan. Pada peringkat awal seseorang mula berasa keletihan sahaja lalu mereka beranggapan masalah itu adalah disebabkan penuaan. Apabila tua maka pelbagai masalah menyerang termasuklah keletihan. Apabila kerosakan hormon menjadi serious maka badan menjadi gemuk dan keletihan menjadi lebih ketara. Pada waktu ini program diet dan senaman tidak lagi dapat membantu mereka.

Kerosakan metabolik turut menjejaskan rupa paras dan kulit mereka. Kulit menjadi bertambah gelap dan kering. Pigmentasi mula kelihatan dan bagi lelaki rambut mula menjadi nipis. Sesetengahnya mula menjadi pelupa dan mudah stress.

Di Marissa Esthetik kami menggunakan pendekatan memberi kefahaman terhadap metabolism sebelum memulakan program penurunan berat badan. Hormon cortisol yang terlalu tinggi cenderung bukan sahaja mengumpul lemak, ia juga membuatkan kulit bengkak dan timbul tanda pigmentasi kehitaman pada kuit.

Ramai orang berkata obesiti disebabkan pemakanan yang salah dan mengambil kalori berlebihan. Namun mengapa setelah berdiet dan makan secara sedikit mereka tetap tidak kurus? Kalau sebab obesiti ialah kalori berlebihan kenapa kita sukar kurus meskipun makan sedikit.

Menganggap obesiti sebagai suatu penyakit yang mengancam kesihatan membolehkan kita berganding bahu di dalam masyarakat bagi merawat dan membendung kejadian ini. Rawatan obesiti bukan sahaja memerlukan pengurangan kalori. Sebaliknya kerosakan hormon metabolik perlu dirawat dan kebolehan tubuh menggunakan lemak sebagai tenaga perlu distimulasikan. Ini dinamakan rawatan secara customized iaitu memenuhi keperluan tubuh seseorang.

##Saya sendiri mengamalkan makan Herbalife Formula 1, Tea-mix dan Aloevera sebagai gantian sarapan dan makan malam. Hasilnya memang terbukti sangat berkesan##

Jumaat, 20 Mei 2011


PETIKAN INTERAKSI SEORANG DOKTOR DENGAN PELANGGAN

Soalan: TANGGAPAN tidak sepadan, mula timbul perasaan malu untuk mendampingi pasangan, sentiasa murung dan tidak dapat mengawal selera makan adalah punca utama yang sering mengugat masalah berat badan wanita masa kini.

Sememangnya setiap wanita mengimpikan bentuk badan yang unggul, jelita sepanjang hari dan tidak jemu dipandang. Itulah impian utama yang ingin dikecapi oleh wanita selama ini.

Oleh itu, pelbagai kaedah dan langkah dalam menyelesaikan masalah tersebut telah dilaksanakan bagi mempertingkatkan pengetahuan wanita yang mengalami masalah sedemikian.

Saya ingin pendapat doktor, apakah cara terbaik untuk menurunkan berat badan dan pada masa yang sama tidak memudaratkan kesihatan.

Puan M, Johor.

JAWAPAN DOKTOR: Persepsi untuk kurus perlu diubah kepada mencapai berat badan ideal. Amalan gaya hidup sihat adalah penting dan lebih utama untuk memastikan kita mencapai berat badan yang seimbang. Ini termasuk penjagaan pemakanan setiap waktu perlu dititik berat.

Selain itu, melakukan senaman berkala dengan tetap amat membantu pembakaran lemak berlebihan di badan. Berat badan ideal akan menjadikan seseorang itu lebih muda dan sihat serta berkeyakinan tinggi. Ia juga melancarkan aktiviti seharian.

Khamis, 19 Mei 2011

SOKONGAN KELUARGA BEBAS OBESITI

Petikan daripada Utusan Malaysia 19 Mei 2011





KELUARGA
Sokongan keluarga bebas obesiti

Zulkifli Mohamad dan isteri, Rohaya Hussin kini lebih langsing hasil amalan gaya hidup sihat.

BILA bercakap mengenai makanan, keluarga enam beranak ini pasti diburu keterujaan. Malah mereka pernah melancong sehingga beratus-ratus kilometer ke negeri-negeri terutama di Malaysia - bukan untuk sejarah atau budaya - tetapi hanya untuk pengalaman menikmati makanan.

“Kami sama seperti orang lain, sukakan makanan. Apatah lagi ia sukar dielakkan apabila tinggal di Malaysia, yang sungguh kaya dengan kepelbagaian makanan yang unik dan sedap,” kata ketua keluarga tersebut Zulkifli Mohamad, 53.

Faktor jauh ataupun dekat tidak menjadi penghalang untuk keluarga ini. Mereka tidak kisah untuk memandu hingga sejauh 50 kilometer untuk hanya makan malam di hotel atau mana-mana tempat makan yang menjanjikan makanan yang lazat.

Keluarga ini juga akan memastikan perjalanan mereka itu berbaloi walaupun terpaksa makan dengan sekenyang-kenyangnya.

Zulkifli yang berasal dari Kedah dan kini menetap di Kelantan berkata tabiat makan yang kurang sihat itu turut dikongsi bersama isterinya, Rohaya Hussin, 48, dan seorang anak perempuannya, Nur Zahin, 23.

“Saya makan macam tak ingat dunia, banyak juga termasuk makanan yang merapu-rapu. Tidak pernah pula terfikir untuk makan ala kadar.

“Lebih-lebih lagi jika kami makan di kedai makan atau restoran yang jaraknya jauh sehingga 40 atau 50 kilometer dari rumah, kami pasti akan makan banyak sehingga tak mampu nak bergerak supaya perjalanan jauh yang kami lalui untuk ke restoran itu berbaloi.

Keluarga besar

“Selera kami bertiga memang besar... sebab itulah lama kelamaan kami muncul dan mula dikenali sebagai keluarga ‘besar’ biarpun sebenarnya jumlah ahli keluarga kami tidaklah besar mana,” kata Zulkifli yang mempunyai empat anak, sambil tersenyum.

Biarpun menerima gelaran sedemikian, namun ia tidak memberi sebarang kesan kepada keluarga berkenaan untuk mengubah diet mereka.

Bagaikan perumpamaan ‘perut kenyang, hati senang’ , begitulah juga keluarga ”besar” Zulkifli, asal mereka dapat menikmati makanan, apa jua yang dikatakan masyarakat sekeliling tidak pernah menjadi tekanan.

Namun, kegembiraan keluarga besar Zulkifli untuk terus menikmati makanan akhirnya semakin hilang apabila ketiga-tiga mereka mula menghadapi masalah.

“Sebelum ini saya, isteri dan seorang anak tak pernah risau dan bimbang untuk makan, orang kata hentam semua, asal kenyang dan puas hati...badan naik, perut dah jauh ke depan tak pernah kami ambil kisah.

“Sampailah saya mula diserang sakit-sakit, sakit dada, sakit kaki, bahkan saya semakin cepat penat dan dah tak mampu nak bawa keluarga berjalan-jalan kerana tak larat nak pandu kereta, ketika itu berat saya 113.6 kilogram, “ katanya.

Isterinya Rohaya yang seberat 77.5 kilogram turut diserang sengal-sengal tulang, tidak bertenaga dan lemah. Manakala anaknya Nur Zahin pula menghadapi krisis hilang keyakinan dan mulai malu untuk keluar ke tempat awam kerana badan yang semakin membesar dengan berat 90 kilogram.

“Paling perit masa saya nak menyempurnakan ibadah haji tiga tahun lepas. Susahnya untuk menyempurnakan ibadah haji kerana badan besar dan berat. Ia memberi tekanan kepada mental dan fizikal saya untuk menyelesaikan tuntutan agama,” katanya.

Hasil pemeriksaan doktor mendapati beliau mula menghidap tekanan darah tinggi, kencing manis dan jantung manakala isteri dikesan menghidap darah tinggi kerana faktor pemakanan dan berat badan.

Zon selamat

“Apabila mengetahui kami sekeluarga bukan lagi di zon selamat kerana mula menghidap pelbagai penyakit, kami mulai diburu ketakutan dan sedar perlu lakukan sesuatu supaya tidak lagi berada dalam keluarga ”besar” yang memeritkan.

“Tak ada cara lain untuk kami kembali sihat melainkan mengubah gaya hidup,” katanya.

Justeru Zulkifli berkata beliau, isteri dan anaknya mula memulakan langkah pertama dengan menjaga pemakanan, jika dahulu mereka sekeluarga gemar menikmati pelbagai hidangan walaupun perut sudah kenyang terisi, namun kini mereka sekeluarga hanya makan ketika berasa lapar.

Bukan itu sahaja, mereka semakin kurang makan di luar dan mula meluangkan masa untuk memasak hidangan sendiri yang lebih berkhasiat selain melakukan banyak gerakan dan senaman ringan.

Kata Zulkifli, bukan mudah untuk seseorang mengubah gaya hidup yang telah menjadi rutin dan sebati dengan kehidupan seharian, namun kerana kesedaran untuk menyelamatkan diri daripada menghidap pelbagai penyakit menjadikan beliau tekad untuk mendapatkan berat badan ideal untuk sihat.

“Kos yang perlu dibayar ialah sokongan keluarga. Saya bertuah kerana bukan saya seorang sahaja yang nak sihat, isteri dan anak saya pun menerima kesedaran yang sama menyebabkan kami berusaha bersama-sama untuk sihat.

“Bila semua nak kurus dan sihat, mudahlah, masing-masing pakat berlumba siapa yang cepat turun.

“Bila ada yang sedikit ”down”, adalah yang akan bagi semangat. Betapa pentingnya sokongan keluarga,” katanya.

Bagaimanapun kata Zulkifli, menjaga pemakanan tidak bermakna beliau dan keluarga terpaksa mengorbankan segala makanan yang digemari sebelum ini kerana mereka tetap menikmatinya namun dalam kuantiti yang sedikit.

“Apa yang penting kami tidak mengeluarkan kos yang tinggi sehingga berpuluh ribu ringgit untuk menjadi sihat, hanya azam, semangat dan sokongan keluarga yang menjadi kos untuk kami mengubah gaya hidup dan menjadi lebih sihat,” katanya.

Turun berat badan

Dalam tempoh enam bulan, usaha mereka bertiga semakin membuahkan hasil apabila beliau berjaya menurunkan berat kepada 90 kilogram daripada 113.6 kilogram, isterinya seberat 65 kilogram daripada 77.5 kilogram dan anaknya turun kepada 69 kilogram daripada 90 kilogram.

Zulkifli berkata, stigma kebanyakan masyarakat yang menganggap makanan sihat adalah makanan yang tidak sedap perlu dibuang jauh.

Sebenarnya makanan sihat adalah makanan paling sedap dan lebih unik daripada makanan biasa yang tidak berkhasiat, katanya.

“Terdapat banyak resipi yang lebih unik boleh dibuat, macam kami terasa nak makan ayam goreng, kami salutkan dengan oat, rasanya lebih rangup dan enak. Apa yang penting ubah pemikiran dan binalah azam.

Beliau berkata, adalah penting bagi orang ramai menyedari bahawa untuk menguruskan badan dan hidup secara sihat tidak memerlukan kos yang banyak.

Isnin, 16 Mei 2011

HEBATNYA HERBALIFE


Mohd Redzwan Mohd Kasim


Berat asal 74.5 kg
Saiz pinggang 36 inci
Turun 10 kg dalam masa 2 bulan.
Masalah resdung yang serius telah hilang.
Berat sekarang 61.5 kg.

Rabu, 11 Mei 2011

HERBALIFE OPPORTUNITY MEETING

SAYA baru menghadiri Herbalife Opportunity Meeting [HOM] sebelah malam di Bangi Golf Resort. Kehadiran amat memberangsangkan iaitu sekitar 200 orang. HOM ini diadakan untuk menerangkan peluang-peluang yang boleh diberikan oleh Herbalife khususnya melalui testimoni pengguna-pengguna Herbalife dalam mengurangkan berat badan mereka. Terlalu ramai yang ingin naik ke pentas kerana terlalu excited hendak memberitahu berpa kilogram berat badan mereka sudah turun. Ada yang mudah turun sehingga 10 kg dalam masa sebulan dan sehingga 40kg!!...tentulah berat asal mereka lebih 100kg sebelum ini. Daripada gambar-gambar yang dipaparkan, mereka telah slim-melim...WOWW!!! Saya sendiri pun sudah turun dari 75.6 kg kepada 71.1 kg dalam masa 2 bulan mengambil makanan Herbalife. Mudah sahaja, gantikan sarapan dan makan malam dengan Formula 1. Makan tengahari...anda boleh makan macam biasa. tetapi disiplin lah. Air kena minum banyak pada kadar 1 liter bagi setiap berat badan 25 kg. Kalau berat badan anda 100kg, terpaksalah minum air masak 4 liter sehari. kalau nak turun cepat ada lagi barang yang boleh dimakan ...tetapi ...tunggu selepas ini.

Oh ye...yang ini pun bagus untuk didengar. Dalam sesi kedua testimoni, mereka menyatakan pendapatan yang diperolehi sambil makan-makan Herbalife!! Pendapatan RM5k, kecil!! RM10k pun kecil lagi!! Nak tahu, kita sama-sama hadir dalam HOM akan datang. Anda mampu melakukannya.

Majlis diserikan lagi dengan kehadiran Trey Harron dari USA. Beliau adalah International Executive Presidential Team. WOOWWW!!! lagi bersemangat.

PILIHAN YANG SIHAT UNTUK ANDA


Formula 1 Nutritious Mixed Soy Powder

Menyediakan vitamin dan nutrien penting

Shake pengganti sajian lanjutan ini padat dengan protein dan nutrien penting.

Mengandungi 19 vitamin dan mineral.
9 gram protein soya dan 18 gram bila dicampurkan dengan susu atau susu soya setiap hidangan campur serat untuk menolong anda berasa kenyang dan puas.
Boleh membantu anda menghilangkan, menambahkan atau mengekalkan berat badan.*
Mempunyai lima perisa.

French Vanilla 550 gm #0141
Dutch Chocolate 550 gm #0142
Strawberry 550 gm #0143
Tropical Fruit† 550 gm #0144
Cappuccino 550 gm #1171





Formula 3 Blended Soy & Whey Protein Powder

Suplemen Protein menolong menghalang rasa lapar.

Suplemen protein tanpa lemak yang mudah dibawa ke mana-mana untuk mengawal rasa lapar dan pengurusan berat badan yang menyihatkan.

Campuran soya dan protein proprietari
Mudah dibancuhkan dalam shake, sup dan sos.
Menolong membina dan mengekalkan jisim tubuh tanpa lemak.

Sabtu, 7 Mei 2011

KEBIASAAN MENU SARAPAN PAGI

Menjadi kebiasaan sebahagian besar penduduk Malaysia mengambil sarapan pagi yang terdiri dari berbagai menu seperti nasi lemak, roti canai, lontong, mee goreng mamak dan teh tarik.

Kesemua makanan ini mempunyai kalori yang tinggi. Misalnya Mee Goreng Mamak mempunyai 750 kalori, 24.9 gm lemak, 28.0 gm protin dan 210 mg kolestrol. Amalan memakan dengan kerap menu seperti ini boleh menyebabkan badan kita bertambah gemuk jika tidak diimbangi dengan penggunaan tenaga yang banyak. Oleh itu AWAS bahaya yang mendatang!!





READY TO GO - The Herbalife Opportunity

Khamis, 5 Mei 2011

CERITA RINGKAS MENGENAI HERBALIFE



PRODUK HERBALIFE

Herbalife adalah yang pertama dalam membangunkan pengurusan berat badan yang paling maju, pemakanan dan produk penjagaan diri. Teknologi terkini telah digunakan dalam mencipta formula setiap keperluan - sama ada berkaitan dengan jantina, umur, ataupun bahagian khusus tubuh. Produk-produk ini diasaskan kepada kemajuan dalam sains makanan, tambahan mikronutrien, dan sains herba. Ia dicipta untuk meningkatkan kualiti hidup dan menyediakan kehidupan masa depan yang sihat.

Dengan menggabungkan alam semulajadi yang terbaik dan kemajuan sains, Herbalife adalah perintis dalam memaksimumkan kesihatan diri.


SIAPAKAH DIA HERBALIFE?

Diasaskan pada 1980, Herbalife International adalah sebuah syarikat penjagaan kesihatan terunggul yang mengkhusus dalam mempermudahkan ke arah kehidupan yang sihat.

Misi Herbalife adalah untuk mengubah kehidupan manusia dengan menyediakan peluang perniagaan terbaik dalam jualan langsung dan pemakanan terbaik serta produk pengurusan berat badan terbaik di dunia.

Tawaran produk Herbalife berkualiti tinggi.

  • Kejayaan pengurangan berat badan

  • Nutrisi yang dipertingkatkan

  • Peningkatan penjagaan diri

  • Peluang untuk ganjaran kewangan
Berapa jauh anda pergi? Anda tentukan!

Di merata dunia, beribu-ribu orang sama seperti anda telah mengubah kehidupan mereka dengan peluang bisnes Herbalife - anda juga boleh! Dari menetapkan waktu anda sehingga mencapai kepuasan kewangan, cara hidup impian anda akhirnya boleh diperolehi.

Ambillah langkah pertama kepada kehidupan yang anda perlukan.

Sama ada anda merancang masa depan yang anda impikan atau sekadar keperluan tunai untuk hari ini, mulakan perubahan ke arah kejayaan sebagai Pengedar Herbalife. Biar apapun pengalaman atau kelulusan anda, anda akan diberikan sokongan peribadi pada setiap langkah sepanjang anda membina bisnes ini.


ANDALAH BISNES KAMI!!

Jika anda ingin mengurangkan berat badan, meningkatkan kesihatan, menambahkan tenaga atau sekadar kelihatan menarik, Herbalife boleh membantu anda mencapat matlamat ini. Tetapi jika anda ingin mendapatkan duit lebih, jadilah bos anda sendiri, nikmati jadual yang fleksibel atau mengelilingi dunia. Herbalife juga boleh membantu anda berbuat demikian.

Dapatkan sedikit "duit tambahan" setiap bulan atau tingkatkan pendapatan tahunan anda kepada melebihi enam angka, dengan peluang bisnes Herbalife anda tentukan!

Mereka yang disiarkan dalam seksyen ini membuat keputusan bersama-sama dengan pemenang - Herbalife. Dan lihatlah mereka! Mereka mengemudi kehidupan mereka dan menikmati setiap ganjaran yang diterima. Anda juga boleh menukar mimpi anda menjadi realiti menerusi pelan pemasaran Herbalife yang murah hati. Apa lagi yang anda tunggu. Mulakan masa depan anda dengan Herbalife hari ini!



Rabu, 4 Mei 2011

OBESITI DAN KOMPLIKASINYA MERUPAKAN EPIDEMIK SEDUNIA

FAKTA :-


43.1% warga Malaysia dewasa adalah terlebih berat.

400 juta orang dewasa di seluruh dunia adalah OBES dan 1.6 bilion mempunyai berat badan yang berlebihan.

17 juta kes kardiovaskular di dunia berkaitan dengan obesiti.

20 juta kanak-kanak di bawah umur 5 tahun secara global mempunyai berat badan berlebihan pada tahun 2005.

Selasa, 3 Mei 2011

OBESITI DI MALAYSIA - APA YANG PERLU DILAKUKAN

Obesiti didefinisikan sebagai lebihan lemak tubuh yang boleh menyebabkan masalah kepada kesihatan. Obesiti berlaku apabila saiz atau bilangan sel lemak di dalam tubuh meningkat (Myers, 2004).

Indeks jisim tubuh atau Body Mass Index (BMI) merupakan kaedah yang digunakan untuk mendapatkan data asas tahap kegemukan dan obesiti. BMI digunakan dengan mengira berat badan dalam unit kilogram (kg) dan dibahagikan kepada tinggi dalam unit meter kuasa dua (m2 ).


Obesiti merupakan satu penyakit kronik yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit contohnya seperti :

1. Diabetis,
2. Darah tinggi,
3. Penyakit jantung,
4. Kegagalan sistem pernafasan ,
5. Kegagalan system perkumuhan
6. Kanser dan sebagainya.

Menurut satu kajian, (Kelishadi, WHO 2007), kes obesity semakin menular di kalangan kanak kanak dan remaja di negara- negara membangun. Penyakit obesiti merupakan satu faktor utama yang akan membawa kepada rintangan terhadap insulin dan sindrom metabolik. Sindrom metabolik juga adalah tinggi di kalangan penduduk dewasa di Asia.

Di Malaysia, sehingga tahun 2006, 29% penduduk dewasa mempunyai berat badan yang lebih dan 14% mengalami obesiti. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan bahawa pada tahun 2015, secara kasar 2.3 bilion penduduk di dunia akan mempunyai berat badan yang lebih dan 700 juta penduduk dunia akan mengalami obesity

Obesiti di kalangan kanak –kanak & remaja

Di Malaysia, peningkatan masalah obesity dalam kalangan kanak-kanak berumur 7-10 tahun adalah sebanyak 6.6% bagi umur tujuh tahun ke 13.8 % bagi umur 10 tahun. Sebanyak 12.8% peratus daripada kanak-kanak ini adalah lelaki. Masalah obesiti ini juga semakin ketara di kalangan remaja berumur 13-17 tahun.

Kanak-kanak yang mengalami masalah kegemukan adalah berisiko untuk menjadi obes apabila dewasa dan keadaaan ini akan menjurus kepada kewujudan masalah kronik yang lain pada masa hadapan (Chee et al, 2008)

Faktor- faktor yang menyebabkan obesiti

1. Keturunan dan faktor genetik
2. Tiada senaman yang mencukupi
3. Nutrisi yang tidak seimbang/ Pengambilan makanan dengan kadar yang banyak
4. Hormon
5. Pengambilan ubat/ Rawatan
6. Virus

Kanak- kanak dan remaja yang cenderung dalam pemakanan dan aktiviti yang tidak sihat mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menjadi obes.

Standard Pengiraan Obesiti

Pertubuhan Kesihatan Sedunia menetapkan standard Indeks jisim tubuh (BMI) yang berikut untuk dewasa dan kanak-kanak

Standard Untuk Bayi dan Kanak- Kanak

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah membangunkan satu standard pertubuhan untuk bayi sehingga kanak –kanak berumur 5 tahun yang telah dilancarkan pada April 200.6. Standard ini dipanggil WHO child growth standards.

Walau bagaimanapun disebabkan oleh ketiadaan standard antarabangasa untuk definisi bagi obesity di kalangan kanak-kanak yang berumur 5-14 tahun, cara ukuran obesiti bagi kumpulan ini agar mencabar.

Oleh itu Pertubuhan Kesihatan Sedunia kini sedang membangunkan satu panduan antarabangsa untuk pertumbuhan bagi kumpulan kanak-kanak sekolah dan remaja. WHO child growth standards ini dibangunkan dengan menggunakan bukti- bukti teknikal dan diharap agar negara-negara ahli Pertubuhan Kesihatan Sedunia dapat mengikut standard tersebut.


Artikel ini dipetik dari

Mohana Priya
Persatuan Pengguna- Pengguna Standard Malaysia

PENGURUSAN BERAT BADAN




Jika anda pernah mencuba untuk menghilangkan berat badan sebelum ini dan gagal, jangan berputus asa. Program ShapeWorks™ menggabungkan Nutrisi Selular dan kuasa protein supaya anda boleh mengawal rasa lapar anda, mengekalkan metabolisme yang sihat dan rasa bertenaga sambil anda menghilangkan kilo yang tidak dikehendaki.

Program ShapeWorks™ mudah, senang diikuti dan enak, menawarkan semua yang anda perlukan untuk mengurangkan berat badan yang berkekalan dengan berjaya.


Jumaat, 29 April 2011

The Dream Lives On
For more than 23 years, Herbalife has been affecting people
around the world. It’s incredible to think about the success
stories we have seen and heard because of the products
and the business opportunity. Millions of lives have been
changed because one man – Mark Hughes – had a dream.
Few of us are aware of the moment that destiny
sets a series of events into motion. For Mark,
there was no question. Even at the age of 18,
Mark was concerned about people who damaged their
bodies through unhealthy dieting practices. As a result, he
committed himself to finding a safe and effective way for
people to lose weight and improve their health, and at the
same time offering a financial opportunity to those who
wanted a better life.
Mark learned everything he could about nutrition, herbs,
dieting and wellness. And he mastered the business of
multilevel marketing. As a result, he developed the best
weight-loss and wellness products, as well as the best
marketing plan in the industry. His marketing tools were
simple – the product, the marketing plan and the “Lose
Weight Now, Ask Me How®” button. Any obstacles Mark
faced in the early days only made him work harder because
he saw a future no one else even imagined.
Mark’s limitless imagination, boundless energy
and enthusiasm, and his unwavering belief in the products
and the opportunity, were what captured the spirit of
everyone who wanted to be a part of Herbalife. Mark may
have had the dream, but it was his Distributors that helped
him turn his business into a multibillion-dollar international
company.
It is our responsibility to carry on what Mark started.
Distributor by Distributor and customer by customer, we can
take this dream beyond even what Mark could have ever
imagined.

Santapan Minda 1

“Your success is only limited by
your own imagination and your
hard work.”


Mark Hughes - Founder of Herbalife

Rabu, 27 April 2011

Ahad, 24 April 2011

MASALAH KEGEMUKAN

Pertubuhan kesihatan sedunia (WHO) menganggarkan lebih 1 billion penduduk dunia mengalami kegemukan ketika ini dan jumlah itu bakal mencecah 1.5 billion pada 2015.

Peningkatan global, kegemukan dan obesiti disebabkan pengambilan lebih banyak makanan bergula dan berlemak yang rendah vitamin, mineral dan mikro nutrisi lain.

  • Pada 1996 seramai 6.5 peratus rakyat Malaysia berusia lebih 30 tahun disahkan menghidap diabetes. Sedekad kemudian, jumlah itu meningkat kepada 9.5 peratus.
  • Lebih menakutkan, pada tahun sama dianggarkan kira-kira 1.5 juta orang yang berusia melebihi 18 tahun disahkan sebagai penghidap diabetes.
  • Malah, dalam tempoh 10 tahun akan datang, kira-kira 25 peratus warga Malaysia bakal menghidap diabetes jika tiada sebarang usaha pencegahan dibuat.
  • Data 2006 menunjukkan 21 peratus rakyat Malaysia mengalami kegemukan dan 6.2 peratus lagi obesiti.

...DUA TAHUN KEMUDIAN

...saya telah tinggalkan tempat itu. Tidak tahu samada pohon buah-buahan yang saya maksudkan itu berbuah dengan lebat atau tidak berbuah. Harap-harap penghuni baru telah merasai lebih nikmat daripada apa yang saya rasai...hehehehe..